Keuntungan LG Electronics jatuh 50% pada 2015

Keuntungan LG Electronics jatuh 50% pada 2015

SEOUL, 26 Jan – Teknologi gergasi Korea Sealatan LG Electronics berkata keuntungan bersih meraka jatuh separuh tahun lepas, di tengah-tengah kelembapan ekonomi global dan persaingan sengit dalam perniagaan telefon mudah alih.

Pendapatan bersih LG Electronics pada tahun 2015 adalah 249.1 bilion won (A$ 205.7 milion), turun 50.3 peratus daripada tahun sebelumnya, iaitu jualan 56.5 trilion won, turun 4.3 peratus.

Jualan TV jatuh disebabkan permintaan global yang perlahan dan won yang kuat, yang menjejaskan daya saingan harga terhadap pesaing asing.

Bahagian frima mudah alih melaporkan kerugian operasi sebanyak 44 bilion won dalam tempoh Oktober hingga Disember, berikutan kerugian 78 bilion won pada suku ketiga apabila bergelut dengan saingan domestik Samsung dan juga Apple dan China Huawei. – AFP

Gambar yang diambil pada 25 Ogos 2014 menunjukkan pelawat mencuba ‘Organic Light-emitting Diode’ (OLED), TV 3 Dimensi LG Electronics pada majlis pelancarannya di Seoul. – Reuters
Gambar yang diambil pada 25 Ogos 2014 menunjukkan pelawat mencuba ‘Organic Light-emitting Diode’ (OLED), TV 3 Dimensi LG Electronics pada majlis pelancarannya di Seoul. – Reuters