Keuntungan SABIC menurun 9.4 peratus

Keuntungan SABIC menurun 9.4 peratus

RIYADH, 18 Okt – Gergasi Petrokimia Arab SABIC, syarikat awam yang tersenarai sebagai peneraju terbesar di Timur Tengah, hari ini berkata keuntungan bersih pada suku ketiga menurun 9.4 peratus disebabkan oleh penurunan dalam harga produk.

SABIC mencatatkan keuntungan bersih sebanyak 5.6 bilion riyal ($1.49 bilion) dalam tempoh Julai hingga September tahun ini berbanding 6.18 bilion riyal pada tempoh yang sama pada 2014, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ia tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai kejatuhan harga.

Keuntungan bersih bagi Saudi Basic Industries Corp dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini juga menurun kepada 17.7 peratus, kata kenyataan itu.

p19-2_20151019

Pendapatan bersih pada tiga suku tahun 2015 adalah 15.7 bilion riyal berbanding 19.1 bilion riyal pada tempoh yang sama pada 2014.

Kerajaan yang kaya dengan telaga minyak itu, ahli terkemuka Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), sedang dibebani dengan kejatuhan harga minyak mentah, yang telah mengakibatkan kehilangan hampir separuh daripada aset kekayaan mereka sejak Jun 2014. – AFP