Keuntungan Sa...

Keuntungan Samsung melonjak 50 peratus

SEOUL, 6 Jan – Samsung Electronics berkata hari ini bahawa ia menjangka keuntungan melonjak hampir 50 peratus pada suku Disember, tatkala harga cip memori mendorong pendapatan ke tahap tertinggi dalam tempoh tiga tahun walaupun ia kini berhadapan dengan kemelut telefon pintar.

Pembuat cip memori terbesar di dunia menganggarkan keuntungan operasinya dalam tempoh Oktober hingga Disember pada 9.2 trilion won (AS$7.8 bilion), meningkat 49.8 peratus daripada setahun yang lalu.

Jualan memberangsangkan cip memori dan skrin telefon pintar telah dijangka meningkatkan keuntungan syarikat tetapi hasil tersebut telah melebihi jangkaan penganalisis terhadap keuntungan suku keempat sebanyak 8.4 trilion won.

Kim Dong-Won di Hyundai Securities berkata firma perniagaan semikonduktor mendapat manfaat kerana harga cip memori melonjak kepada permintaan bagi peranti mudah alih berkuasa tinggi. Hasil memberangsangkan tersebut muncul walaupun penarikan balik Galaxy Note 7, selepas pemilik melaporkan beberapa peranti menjadi terlalu panas dan terbakar, dalam krisis yang merosakkan reputasi pembuat telefon pintar terbesar di dunia itu. – AFP

Seorang lelaki berjalan melintasi iklan telefon pintar Samsung Electronics Galaxy di Seoul, Korea Selatan, kelmarin. Samsung Electronics Co berkata bahawa keuntungan pada suku terakhir 2016 melonjak 50 peratus kepada tahap tertinggi dalam lebih daripada tiga tahun– AP