Keuntungan sebelum cukai Shell Refining meningkat

Keuntungan sebelum cukai Shell Refining meningkat

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) – Keuntungan sebelum cukai Shell Refining Company (Federation of Malaya) Bhd melonjak kepada RM101.9 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2016 berbanding RM84.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Bagaimanapun, perolehan susut kepada RM1.9 bilion daripada RM2.5 bilion sebelum ini, menurut Shell Refining dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.

“Mengikut tahun ke tahun, syarikat mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai sebanyak RM101.7 juta pada suku pertama 2016 berbanding RM84.5 juta pada suku pertama 2015,” menurutnya.

Keuntungan yang lebih tinggi adalah didorong oleh margin yang tinggi dan perbelanjaan operasi rendah, manakala penurunan perolehan disebabkan harga produk dan jumlah jualan yang rendah.

Melangkah maju, menurutnya, unjuran bagi margin penapisan kekal tidak menentu pada 2016 memandangkan margin akan dipengaruhi bekalan dan permintaan barangan petroleum antarabangsa, serta faktor musim dan kitaran.

ARTIKEL YANG SAMA