Keuntungan Shell merosot

Keuntungan Shell merosot

LONDON, 4 Mei (AFP) – Royal Dutch Shell pada hari ini mengumumkan kemerosotan sebanyak 89 peratus dalam keuntungan bersih untuk suku pertama, dipersalahkan ke atas kemerosotan harga minyak, menambah pelaburan adalah lebih rendah daripada dijangka.

Keuntungan selepas cukai mencecah pada AS$484 juta dalam tempoh Januari-Mac, merosot daripada AS$4.43 bilion dalam suku pertama 2015, kata kumpulan minyak Inggeris-Belanda dalam satu penyata pendapatan.

Mengeluarkan kos luar biasa dan perubahan kepada nilai simpanan stok minyak Shell, keuntungan merosot 58 peratus kepada AS$1.55 bilion.

Shell, yang baru-baru ini menamatkan pengambilalihan besar pesaing Britain BG Group, menmabah ia merancang melabur kurang daripada yang telah diramalkan pada tahun ini.

“Kami terus mengurangkan jumlah perbelanjaan kami, untuk merebut peluang kos dan mengendali rangka kerja kewangan dalam persekitaran harga minyak yang lebih rendah hari ini,” Ketua Pegawai Eksekutif Royal Dutch Ben van Beurden dalam satu kenyataan.

Syarikat minyak gergasi Royal Dutch Shell mencatatkan kemerosotan keuntungan bagi suku pertama tahun ini. – AP
Syarikat minyak gergasi Royal Dutch Shell mencatatkan kemerosotan keuntungan bagi suku pertama tahun ini. – AP

“Kombinasi dengan BG adalah kukuh, hasil daripada perancangan terperinci sebelum selesainya urus niaga. Ia mungkin membawa kepada penyerahan sinergi yang cepat daripada pemerolehan tersebut, dan pada kos yang lebih rendah daripada yang dijangkakan oleh kami.”

Bagaimanapun, van Beurden berkata pelaburan modal adalah berjumlah AS$30 bilion pada tahun ini, kurang daripada AS$33 bilion seperti yang diramalkan. Jumlah perbelanjaan baru itu adalah kira-kira 36 peratus lebih rendah berbanding dengan gabungan pelaburan Shell dan BG pada 2014.

Pasaran minyak global telah merosot daripada %100 pada pertengahan 2014 kepada tahap rendah 13 tahun sekitar AS$27 pada Februari, dibelenggu oleh kemelesetan bekalan. Namun harga telah berpulih sejak itu untuk diniagakan pada kira-kira AS$45 satu tong.

Kemelesetan dalam harga telah menyebabkan kumpulan minyak di seluruh dunia memotong perbelanjaan, mengurangkan pekerja dan menjual aset.

Bagaimanapun, Shell masih meneruskan dengan pengambilalihan Kumpulan BG dengan harga 47 bilion pound, dalam satu perjanjian yang bertujuan memperkukuh kedudukan Shell dalam pasaran gas asli cair.

ARTIKEL YANG SAMA