Keuntungan Siemens meningkat 20 peratus

Keuntungan Siemens meningkat 20 peratus

Germany Earns Siemens

FRANKFURT, Jerman, 4 Ogos – Pembuat peralatan perindustrian Jerman, Siemens AG berkata unjuran keuntungan meningkat selepas pendapatan bagi perniagaan terasnya melonjak 20 peratus kepada 2.2 bilion euro (AS$2.4 bilion) pada suku tahun baru-baru ini.

Syarikat itu berkata hari ini pesanan baru – petunjuk utama keuntungan masa depan – meningkat enam peratus kepada 21.1 bilion euro.

Ketua Pegawai Eksekutif, Joe Kaeser berkata syarikat itu membuat kemajuan dalam memperkemas pelbagai perniagaan dan meningkatkan margin keuntungan, yang meningkat kepada 10.5 peratus daripada 9.8 peratus pada suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Pendapatan bersih turun sedikit kepada 1.372 bilion euro daripada 1.376 bilion euro pada suku April hingga Jun tahun lalu disebabkan oleh faktor kewangan termasuk cukai dan faedah.

Syarikat yang berpangkalan di Munich menghasilkan kereta api, penjanaan angin dan peralatan kuasa gas dan peranti pengimejan perubatan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA