Keuntungan suku pertama Singtel meningkat

Keuntungan suku pertama Singtel meningkat

SINGAPURA, 13 Ogos – Syarikat telekom Asia Tenggara Singapore Telecom (Singtel) berkata hari ini keuntungan suku pertamanya meningkat 13 peratus berbanding setahun sebelumnya, dirangsang oleh pemerolehan daripada perniagaannya di India dan pendapatan kukuh daripada sekutu serantau.

Keuntungan bersih dalam tiga bulan sehingga Jun mencecah Sg$942 juta, kata Singtel dalam satu fail kepada Bursa Singapura, sementara pendapatan kumpulan meningkat 1.5 peratus kepada Sg$4.21 bilion.

Keuntungan di operator telekom terbesar Asia Tenggara berdasarkan pendapatan dirangsang oleh pemerolehan sebanyak Sg$47 juta selepas sekutu India Bharti Airtel menjual aset menara peranti di Afrika.

Singtel juga melaporkan sumbangan yang kukuh daripada firma telekom serantau, di mana ia mempunyai pelaburan besar, dan pertambahan lapan peratus dalam pelanggan peranti kumpulan berbanding setahun lalu kepada 565 juta.

“Keputusan pada suku ini mencerminkan pelaksanaan perniagaan kami yang kukuh,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan Chua Sock Koong dalam satu kenyataan.

Logo Singtel terpampang megah di depan bangunan  ibu pejabatnya di kota raya Singapura. – AFP
Logo Singtel terpampang megah di depan bangunan ibu pejabatnya di kota raya Singapura. – AFP

“Kami sedang mempercepat pelaburan dalam spektrum, rangkaian dan sistem, dan mengubah struktur kos kami.”

Singtel berkata sekutu telefon bimbitnya di Thailand, Filipina, Indonesia dan India memberikan “pendapatan kukuh tatkala pelaburan rangkaian terus mempercepat penggunaan data, dan peningkatan handset 3G dan penembusan telefon pintar.”

Singtel berkata bahagian pendapatannya sebelum cukai daripada sekutu serantau meningkat 5.2 peratus kepada Sg$625 juta.

Firma Singapura itu telah berkembang daripada pasaran domestiknya yang kecil dengan mengambil saham yang besar dalam operator telekom Asia dan mempunyai subsidiari milik sepenuhnya di Australia, Singtel Optus. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA