Keuntungan Swatch merosot

Keuntungan Swatch merosot

ZURICH, 21 Julai – Kumpulan Swatch, tukang jam terbesar di dunia, mencatatkan kejatuhan 52 peratus dalam keuntungan setengah tahun pertama hari ini, dengan penjualan jam terjejas oleh kemerosotan pelancongan selepas serangan di Perancis dan Belgium.

Syarikat berpangkalan di Switzerland itu juga mengatakan hasil pendapatan menurun dalam pasaran pentingnya di Hong Kong.

Sektor jam mewah keseluruhannya telah menyaksikan jualan meruncing di pulau itu sejak pihak berkuasa China memperkenalkan langkah antirasuah baru pada 2013 yang termasuk kekangan ke atas hadiah-hadiah mewah.

FILES-SWITZERLAND-ECONOMY-EARNINGS-SWATCH

Menurut kenyataan, syarikat meletakkan keuntungan setengah tahun pada 263 juta Swiss francs (AS$267 juta, 242 juta euro), 52 peratus lebih rendah daripada tempoh yang sama pada 2015.

“Situasi di Perancis dan Belgium akan kekal sukar,” dengan kurang pelancong berkunjung ke pasaran penting itu berikutan serangan maut di Paris, Nice dan Brussels, kata Swatch.

Namun syarikat itu mendakwa ramalan bagi setengah tahun kedua 2016 mempunyai harapan cerah, menunjukkan ‘petanda jelas pemulihan pelancongan’ di Sepanyol dan Itali.

Jenama Omega Swatch juga penaja lambang kemegahan Olimpik di Rio de Janeiro, yang bermula pada 5 Ogos. Syarikat iru berkata ia menjangkakan ‘rangsangan’ semasa sukan itu. – AFP