Keuntungan Volkwagen merosot

Keuntungan Volkwagen merosot

FRANKFURT, Jerman, 31 Mei – Volkswagen melihat keuntungan bersih merosot 19 peratus pada suku pertama tatkala ia bergelut untuk menghadapi dan mengatasi satu skandal mengenai kereta yang dilengkapi untuk menipu ujian pengeluaran diesel.

Syarikat itu juga menghadapi jualan yang merosot di Rusia dan Brazil disebabkan ekonomi bermasalah yang dihadapi oleh negara tersebut.

Keuntungan untuk tempoh Januari-Mac merosot kepada 2.37 bilion euro daripada 2.93 bilion euro setahun sebelumnya, kata syarikat hari ini. Pendapatan merosot 3.4 peratus kepada 50.96 bilion euro sebahagiannya disebabkan kesan kadar tukaran.

Angka keuntungan bersih kekurangan 2.44 bilion euro yang dijangkakan oleh penganalisis yang ditinjau oleh pembekal maklumat kewangan FactSet.

Pendapatan dan margin keuntungan merosot di jenama mewah Audi, salah satu pemeroleh keuntungan utama syarikat. Keuntungan operasi berkurangan kepada 1.3 bilion euro daripada 1.4 bilion euro setahun sebelumnya. Margin keuntungan merosot kepada 9.0 peratus daripada 9.7 peratus pada suku pertama 2015.

Volkwagen mencatatkan penurunan keuntungan 19 peratus pada suku pertama tahun ini. – AFP
Volkwagen mencatatkan penurunan keuntungan 19 peratus pada suku pertama tahun ini. – AFP

Jualan merosot 35 peratus di Rusia, yang telah melihat mata wangnya merosot bersama harga minyak, dan 17 peratus di Brazil, yang sedang mengalami kemelesetan teruk.

Volkswagen menghadapi kos yang tinggi untuk penarikan balik dan pemasangan perisian kawalan enjin di dalam kereta yang mungkin mengesan bila sebuah kereta sedang diuji dan menutup kawalan pengeluaran ketika pemanduan setiap hari.

CEO Matthias Mueller berkata dalam satu kenyataan bahawa syarikat “berjaya mengehad kesan ekonomi isu diesel dan mencapai keputusan yang memuaskan di bawah keadaan yang sukar.”

Syarikat mengesahkan semula ramalannya untuk tahun, berkata ia menjangka pendapatan juala akan merosot 5 peratus untuk tahun ini berbanding dengan 2015 dan pulangan operasi untuk jualan sebanyak 5.0 hingga 6.0 peratus. – AP