Keupayaan tentera diperluas

Keupayaan tentera diperluas

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Dalam dekad kebelakangan, dinamik dan skop operasi tentera telah menyaksikan keupayaan tentera diperluas di luar zon peperangan.

Ini terutamanya, penglibatan dalam operasi-operasi keselamatan bukan tradisi seperti operasi pengamanan, antipelanunan, mencari dan menyelamat, bantuan kemanusiaan dan tindak balas bencana telah meningkat dari segi keutamaan strategik.

Pada masa yang sama, sokongan logistik di belakang tabir juga berubah, tekan Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Pembukaan Rasmi Seminar Pegawai-Pegawai Kanan Logistik Kawasan Pasifik (PASOLS) ke-44 2015 yang berlangsung di Dewan Indera Samudra, Hotel Empire & Country Club, Jerudong.

Menurut beliau, apa yang berubah ialah teknologi, kelajuan dan ekonomi yang memberikan cabaran-cabaran kelestarian kepada perancang-perancang pertahanan.

Meningkatnya kerumitan operasi yang semakin meluas, dengan keupayaan-keupayaan tentera baru yang kuat tetapi fleksibel untuk melaksanakan pelbagai jenis tugas yang sangat bergantung ke atas rangkaian maklumat dan pengetahuan, datang dengan kos besar serta kesan logistik, pada masa yang sama putaran teknologi terus berkembang pantas.

Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz menyempurnakan pembukaan rasmi Taklimat Lojistik Pegawai-Pegawai Kanan Kawasan Pasifik (PASOLS) ke-44.
Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz menyempurnakan pembukaan rasmi Taklimat Lojistik Pegawai-Pegawai Kanan Kawasan Pasifik (PASOLS) ke-44.

Beliau seterusnya berkata, teknologi dan kesalinghubungan telah dan akan terus menjadi tulang belakang perkongsian maklumat logistik. Peranan maklumat dan bagaimana ia digunakan mempunyai implikasi meluas bagi kejayaan ketika operasi-operasi logistik.

Jelasnya, salah satu cara terbaik memaksimumkan penghantaran elemen-elemen sokongan yang betul pada masa yang tepat adalah menerusi pengkongsian maklumat yang dipertingkat, dan ini, tambahnya, boleh dicapai menerusi penggunaan teknologi-teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sesuai.

Dalam hal ini, katanya lagi, adalah bagus ahli-ahli logistik di rantau Asia Pasifik saling berhubung atau saling mengemas kini mengenai sebarang kejadian semasa dan akan datang melalui All Partners Access Network (APAN).

pg05_150916_c

Anggota-anggota tentera dari 28 buah negara yang menyertai Taklimat Logistik Pegawai-Pegawai Kanan Kawasan Pasifik (PASOLS) ke-44 di Dewan Indera Samudra, Empire Hotel & Country Club, Jerudong.
Anggota-anggota tentera dari 28 buah negara yang menyertai Taklimat Logistik Pegawai-Pegawai Kanan Kawasan Pasifik (PASOLS) ke-44 di Dewan Indera Samudra, Empire Hotel & Country Club, Jerudong.
Sesi bergambar ramai bersama wakil dari 28 buah negara.
Sesi bergambar ramai bersama wakil dari 28 buah negara.

Sebaik rangkaian logistik diwujudkan, rangkaian bekalan di rantau ini akan dapat diuruskan dan diselaraskan dengan lebih baik dan ini akan memberi manfaat kepada semua terutamanya ketika krisis, yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertahanan melalui Direktorat Logistik dan Pusat Kawalan Pasifik Amerika Syarikat (USPACOM) itu menandakan kali kedua Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi PASOLS bersama Amerika Syarikat.

PASOLS bertujuan untuk menyediakan dialog terbuka kepada ketua-ketua logistik tentera di wilayah Asia Pasifik bagi membina rangkaian rantaian bekalan dan meningkatkan kerjasama dalam cabaran keselamatan.

Persidangan kali ini membawa tema ‘Logistik-Logistik Bersama’ dan disertai pegawai-pegawai kanan logistik dari 28 buah negara termasuk Argentina, Australia, Bangladesh, Brunei Darussalam, Kemboja, Kanada, China, Perancis, Indonesia, Jepun, Kribati, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, New Zealand, Papua New Guinea, Filipina, Samoa, Singapura, Pulau Solomon, Korea Selatan, Sri Lanka, Thailand, Tonga, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Vanuatu.

ARTIKEL YANG SAMA