Kewajiban menuntut ilmu

Kewajiban menuntut ilmu

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Azrol Azmi

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Daripada aspek pendidikan, mencari ilmu adalah tanggungjawab yang dipikul oleh setiap pendidik dan mu’alim, yang mana ia akan mudah terlaksana apabila nikmat kesihatan dapat dimanfaatkan dengan baik.

Oleh itu, dalam sama-sama membantu mempromosi gaya hidup sihat, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Fakulti Pendidikan telah mengadakan Ceramah Pendidikan Kesihatan Menurut Perspektif Islam yang berlangsung di Dewan Ta’alim, KUPU SB, hari ini.

Ceramah yang telah disampaikan oleh Pemangku Ra’es KUPUSB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar ini antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran akan kepentingan menjalankan gaya dan cara hidup sihat dalam kalangan tenaga akademik dan kakitangan KUPUSB, di samping melahirkan pendidik dan mu’alim yang mampu menyeimbangkan kesihatan rohani dan jasmani serta menjadi model peranan terbaik kepada pelajar.

Dr Haji Adanan ketika menyampaikan ceramah.
Dr Haji Adanan ketika menyampaikan ceramah.

Selain itu, bagi memberigakan maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan bukan saja kepada kakitangan dan pensyarah kolej universiti berkenaan malahan kepada para pelajar.

Penyampaian pengetahuan dan maklumat mengenai kesihatan ini diharap dapat membantu mencapai misi Kementerian Kesihatan iaitu ‘Memperkasa Rakyat Ke Arah Kehidupan Sihat’.

ARTIKEL YANG SAMA