Kewajipan fardu Jumaat tidak gugur

Kewajipan fardu Jumaat tidak gugur

KOTA KINABALU, 15 Julai – Kewajipan menunaikan solat fardu Jumaat adalah tidak terlepas atau tidak gugur sekiranya ia jatuh bersamaan Aidilfitri, kata Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar.

Oleh itu beliau menasihatkan umat Islam khusus di Sabah supaya melaksanakan solat Jumaat bersesuaian dengan pegangan Mazhab Syafie.

Beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan berikutan timbul banyak pertanyaan daripada orang ramai mengenai kedudukan solat Jumaat sekiranya Aidilfitri turut jatuh pada hari yang sama.

Persoalan mengenai fardu Jumaat dibangkitkan menerusi media sosial. – Bernama