Kewangan Islam terus kukuh

Kewangan Islam terus kukuh

BAHRAIN, 1 Dis (Bernama) – Kewangan Islam akan terus mengukuhkan kedudukannya di peringkat global dengan pengembangan daripada kepelbagaian produknya dan usaha peserta industri dalam membangunkan pasaran modal Islam.

Walaupun ketidaktentuan ekonomi global, Ketua Ekonomi Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain Dr Jarmo Kotilaine berkata sektor itu terus menyaksikan pertumbuhan yang menyeluruh di samping penubuhan syarikat-syarikat yang lebih matang.

Menurut data sebelum ini, beliau berkata penurunan harga minyak akan membawa kepada pewujudan kekayaan Islam lebih perlahan di peringkat global.

Bagi terbitan sukuk, bagaimanapun, Kotilaine mempunyai pandangan yang bercampur-campur.

Dari satu segi, beliau berkata ia positif dalam erti kata bahawa sukuk adalah kelas aset yang lebih kukuh, lebih mudah difahami dan kos yang kompetitif, namun, kebimbangan dalam ekonomi global cenderung untuk melambatkan penerbitannya.

ARTIKEL YANG SAMA