Kewibawaan KDYMM lambang kemegahan rakyat, negara

Kewibawaan KDYMM lambang kemegahan rakyat, negara

Oleh Pg Fairol RMF, Sim Y H dan Yusrin Junaidi

Gambar oleh Sim Y.H. dan Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diraikan penuh meriah dengan penglibatan rakyat jelata yang sama-sama berganding bahu meraikan hari yang dinanti-nantikan.

Setiap tahun pelbagai acara diatur lebih awal, bukan hanya bertujuan memastikan kemeriahannya agar dapat dirasai tetapi juga untuk menunjukkan rasa taat setia rakyat kepada raja yang dicintai dan secara tidak langsung menjunjung kasih atas segala keprihatinan Baginda Sultan terhadap kesejahteraan rakyatnya di bawah naungan pemerintahan Baginda.

Itulah curahan kasih sayang yang dipanjatkan buat seorang pemimpin yang berjiwa rakyat serta sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan semua. Keprihatinan Baginda Sultan dalam memelihara kesejahteraan rakyat, khususnya dalam aspek-aspek utama seperti pendidikan dan kesihatan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai bersama warga Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai bersama warga Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan dijunjung memotong kek puja usia.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan dijunjung memotong kek puja usia.

pg05_160725_j

Baginda Sultan berkenan menerima pesambah daripada Penerbangan Diraja Brunei (RB).
Baginda Sultan berkenan menerima pesambah daripada Penerbangan Diraja Brunei (RB).

pg05_160725_f

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar ramai bersama Persatuan India Brunei pada majlis berkenan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar ramai bersama Persatuan India Brunei pada majlis berkenan.

pg05_160725_g

pg05_160725_d

pg05_160725_e

Baginda Sultan berkenan bergambar ramai bersama Pasukan Daerah Brunei Muara, pemenang Perlawanan Akhir Tarik Kalat Peringkat Kebangsaan.
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai bersama Pasukan Daerah Brunei Muara, pemenang Perlawanan Akhir Tarik Kalat Peringkat Kebangsaan.

Kewibawaan Baginda juga menjadi lambang kemegahan bagi rakyat dan penduduk di negara ini khususnya dalam memimpin negara dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera dengan bersendikan ajaran agama Islam.

Kemeriahan sambutan perayaan dengan Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di kesemua daerah mencapai kemuncaknya dengan berlangsung majlis yang sama di Daerah Brunei dan Muara sebagai daerah terakhir.

ARTIKEL YANG SAMA