‘Keyakinan azimat di Suzuka’

‘Keyakinan azimat di Suzuka’

SUZUKA, Jepun, 23 Sept (Reuters) – Mercedes yang akan bersaing di Grand Prix Jepun pada Ahad ini berharap menunjukkan kesukaran mereka di Singapura adalah sementara, tetapi Lewis Hamilton dan rakan sepasukannya Nico Rosberg memerlukan sebahagian keyakinan.

“Saya tidak mempunyai sebarang keyakinan. Saya tidak mempunyai sebarang maklumat untuk memberikan saya keyakinan tersebut,” juara dunia, Hamilton memberitahu wartawan British apabila ditanya bagaimana yakinnya dia bahawa Suzuka adalah berbeza.

“Saya berharap ia berakhir tetapi ia adalah hujung minggu yang pelik. “Kereta kami tidak berada dalam perlahan. Saya rasa sebahagian orang mungkin membawa pakej pengemaskinian…tetapi tidak menjelaskannya,” tambah pemandu dari Britain.

Terjejas dalam kelayakan selepas 11 kejayaan dalam 12 perlumbaan, Hamilton mengalami keadaan terjejas pertamanya musim ini di Singapura dan menyaksikan pendahuluannya ke atas Rosberg dikurangkan kepada 41 mata dengan berbaki enam pusingan.

Di litar yang sukar dan mengelirukan, penguasaan sebelumnya Mercedes adalah kedua lebih perlahan berbanding Ferrari yang mencatatkan kemenangan dipandu oleh Sebastian Vettel.

 

Pemandu Mercedes Lewis Hamilton ketika bersedia beraksi pada Grand Prix Formula Satu Singapura baru-baru ini. – Reuters
Pemandu Mercedes Lewis Hamilton ketika bersedia beraksi pada Grand Prix Formula Satu Singapura baru-baru ini. – Reuters

Keadaan panas dan perlahan di litar mungkin memberikan kekuatan kepada pesaing, tetapi berlaku kebimbangan di kalangan pendahulu kejuaraan sehingga sekurang-kurangnya latihan pada Jumaat di Suzuka dan kemungkinan sekitarnya.

Litar Jepun begitu pantas dan mencabar, dengan lencongan 130R, dan seharusnya lebih memihak kepada Mercedes. Jika Ferrari juga pantas di sana, jadi persaingan jelas lebih menarik.

“Untuk ketinggalan dari pendahulu secara tiba-tiba, untuk tidak memahaminya, ia begitu teruk kerana bagaimana anda akan memperbaikinya? Tanya Rosberg, yang menamatkan kedudukan keempat, selepas perlumbaan pada Ahad lalu.

“Anda perlu berharap di litar seterusnya, ia akan menghampiri kami sekali lagi. Peluang adalah bagus, kerana semua litar lain kami begitu pantas, tetapi siapa yang tahu?”

Ketua Red Bull, Christian Horner, yang pasukannya ditingkatkan oleh Mercedes dalam pemburuan mereka bagi rakan enjin yang baru, dijangka untuk melihat juara meningkatkan kelajuan tetapi berharap keadaan yang berbeza mungkin berlaku.

“Ia mengelirukan untuk melihat mereka jauh didepan tetapi mungkin sebahagian perubahan baru yang diperkenalkan perubahan tayar yang mempunyai kesan, siapa tahu?” katanya. “Saya pasti kami akan melihat urusan itu seperti biasa pada hujung minggu depan.

“Jika tidak, ia jelas sesuatu yang diperkenalkan yang memberikan kesan kepada persembahan mereka.”