KFC bakal buka francais di Myanmar

KFC bakal buka francais di Myanmar

YANGON, 5 Mei (AFP) – KFC sudah bersedia untuk menjadi peruncit makan segera Amerika Syarikat (AS) terbesar yang pertama di Myanmar, rakan perniagaan tempatan syarikat itu mengumumkan hari ini, ketika negara yang jauh terpencil itu memperteguhkan kemasukan cawangan makanan antarabangsa.

Peruncit ayam goreng, salah sebuah rangkaian restoran terbesar di dunia, merancang untuk membuka cawangan pertamanya di pusat bandar Yangon, menurut satu kenyataan dari pemegang francais Myanmar, Yoma Strategic.

Ia akan menjadi ‘restoran perkhidmatan pantas Amerika yang pertama untuk menubuhkan tapak di Myanmar,” menurut kenyataan itu, tanpa memberi tarikh sebenar bagi perasmiannya.

Yoma mengatakan ia merancang untuk membuka ‘beberapa buah’ restoran lagi di hab komersial paling sibuk di negara itu pada akhir tahun.

Kereta pengiklan KFC dilihat semasa festival air Myanmar di Yangon. – AFP
Kereta pengiklan KFC dilihat semasa festival air Myanmar di Yangon. – AFP

Myanmar telah melihat kelimpahan jenama asing sejak berakhirnya pemerintahan tentera pada 2011, yang mencetuskan pembatalan banyak sekatan Barat.

Firma AS termasuk pembuat minuman Coca Cola dan Pepsi dan pembuat kereta Chevrolet dan Ford sudah menubuhkan kehadiran penjualan di negara itu.

KFC sudah memiliki lebih 15,000 buah restoran di negara-negara seluruh dunia. Jika pelancaran di Myanmar berjalan lancar, Laos akan menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang belum memiliki francais global.

Sementara itu, laman Facebook KFC Myanmar sudahpun menarik lebih 120,000 ‘likes’.

ARTIKEL YANG SAMA