KFC bantu banteras kebuluran

KFC bantu banteras kebuluran

Oleh Salawati HajI Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Kempen The World Hunger Relief (WHR) yang diadakan setiap tahun dalam membantu membasmi kebuluran kini kembali lagi dan menyeru orang ramai yang prihatin untuk memberikan sumbangan mereka.

Seperti di tahun sebelumnya, kempen WHR mengumpul dana khas melalui Promosi KFC ‘World Hunger Meal’ di mana makanan di bawah promosi ini akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak $0.50 seterusnya dimasukkan ke dana berkenaan.

Kempen tersebut berlangsung selama tiga bulan bermula Julai ini dan selain promosi KFC itu, orang ramai juga boleh menyumbangkan derma mereka melalui kotak derma yang diletakan di semua cawangan KFC.

Naib Presiden KFC (B) Sdn Bhd, Del Goh berkata, “sebagai salah sebuah restoran terbesar, kita mempunyai keistimewaan dan tanggungjawab untuk memimpin membanteras kebuluran dunia serta membantu membasmi kemiskinan”.

Kakitangan KFC memegang poster Promosi KFC ‘World Hunger Meal’ dalam usaha membantu mengumpul dana untuk membasmi kebuluran.
Kakitangan KFC memegang poster Promosi KFC ‘World Hunger Meal’ dalam usaha membantu mengumpul dana untuk membasmi kebuluran.

Selain itu, pelanggan boleh memilih untuk menderma melalui kotak derma atau hanya menikmati KFC tambahan Hope Snack Plate atau Dinner Plate.

Kempen WHR telah mencapai tahun ke sembilan dan objektif utamanya adalah untuk mengumpul dana bagi menyediakan sumber makanan di kawasan yang dilanda kelaparan di peringkat nasional dan antarabangsa. Dana yang dikumpulkan akan disalurkan kepada Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

ARTIKEL YANG SAMA