KFC Brunei tampil hidangan baru

KFC Brunei tampil hidangan baru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – KFC Brunei telah menampilkan hidangan sensasi terbarunya dinamakan KFC Olé Olé Rice Wrap yang kini boleh didapati di cawangan-cawangan KFC seluruh negara.

Hidangan ‘wrap’ terbaru ini menawarkan gabungan rasa unik Nasi Mexico bersama kepingan Zinger rangup, tomato, timun dan bawang segar yang dipotong dadu, dilengkapi dengan mayonis dan Sos Salsa Mexico, padat dalam satu gulungan roti tortilla hangat.

Ia boleh didapati secara ala carte atau kombo bersama hidangan sampingan ‘Golden Potato Bites’ baru dengan minuman ringan bersaiz biasa.

Di samping itu, KFC Ole Ole Rice Wrap boleh didapati dalam ‘box meal’ yang juga diisikan dengan satu ketul ayam goreng original atau pedas, Golden Potato Bites baru dan minuman ringan bersaiz biasa.

KFC Ole Ole Rice Wrap yang boleh didapati sekarang.
KFC Ole Ole Rice Wrap yang boleh didapati sekarang.

Dengan slogan ‘Cita rasa fiesta baharu, sudah cuba baru tahu!’, KFC menjemput para pelanggannya untuk menikmati ‘wrap’ sensasi ini yang menjanjikan kepuasan kepada pelanggannya.

Pegawai Pemasaran KFC, Jaymee Lau dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, hidangan ini begitu enak dan mudah dinikmati, ia amatlah sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk.

ARTIKEL YANG SAMA