KFC buka cawangan pandu lalu di Tutong

KFC buka cawangan pandu lalu di Tutong

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 21 Okt – Restoran makanan segera, KFC hari ini menambahkan lagi cawangannya menjadi 16 restoran di negara ini dengan merasmikan cawangan pandu lalu keduanya di Stesen Minyak Koperasi Persatuan Kampung Lubok Pulau (KOPEKLAP), Tutong.

Hadir merasmikan restoran itu ialah pemilik tanah, Dato Paduka Haji Ibrahim bin Mat Yassin, Presiden KOPEKLAP, Haji Hussein Mahari, Pengarah Urusan BSM, Pengiran Shamary bin Pengiran Dato Paduka Mustapha dan Naib Presiden KFC, Del Goh.

Restoran pandu lalu itu merupakan restoran pertama di Brunei yang beroperasi di stesen minyak berkapasiti 30 orang dengan keluasan 1,000 kaki persegi.

Menurut Del Goh, pembukaan restoran pandu lalu KFC itu adalah satu pencapaian besar bagi mereka kerana restoran ini merupakan yang pertama dibuka di stesen minyak.

Antara yang hadir bergambar ramai semasa majlis pelancaran KFC di Stesyen Minyak KOPEKLAP.
Antara yang hadir bergambar ramai semasa majlis pelancaran KFC di Stesyen Minyak KOPEKLAP.

Selain itu, Del Goh menjelaskan lokasi restoran tersebut amat bersesuaian untuk menarik kunjungan orang ramai atau pengunjung termasuk pelancong menikmati KFC sama ada di restoran atau bawa pulang apabila mereka berhenti untuk mengisi minyak.

KFC menyediakan tempat yang sempurna dan menu yang sesuai tidak kira umur dan lapisan masyarakat di negara ini yang mampu menarik perhatian pengunjung-pengunjung.

ARTIKEL YANG SAMA