KFC Fun Zone meriah

KFC Fun Zone meriah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Suasana sekitar ruang lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi meriah dengan kehadiran ratusan kanak-kanak dan ibu bapa yang menyertai acara KFC Fun Zone, hari ini.

Acara sehari yang bermula dari pukul 10 pagi itu merupakan kegiatan anjuran Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai acara tahunan untuk memeriahkan dan mengisi masa lapang cuti hujung minggu dengan kegiatan beriadah bersama keluarga.

Menurut Pengurus KFC, Norlyn M Rufo, kegiatan tahunan itu bertujuan untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak dan ibu bapa untuk sama-sama beriadah serta berseronok dengan keluarga, memupuk semangat kesenian menerusi kegiatan mewarna dan untuk mengeratkan talian persahabatan di antara kanak-kanak dan keluarga yang menyertai acara itu.

Acara itu dimulakan dengan penyampaian sumbangan derma kepada empat buah badan kebajikan yang disempurnakan oleh Norlyn.

Norlyn bergambar ramai dengan wakil-wakil badan kebajikan yang menerima sumbangan semasa KFC Fun Zone.
Norlyn bergambar ramai dengan wakil-wakil badan kebajikan yang menerima sumbangan semasa KFC Fun Zone.

Badan-badan kebajikan yang menerima sumbangan di majlis berkenaan ialah Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam yang menerima $4,000 dan diterima oleh Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman, SMARTER Brunei juga menerima $4,000 yang diterima oleh Pengiran Zamri bin Haji Bujang, Yayasan Kanser Kanak-Kanak menerima $3,000 yang diterima oleh Dayang Siti Zaleha Abdi Munap dan Pusat KACA menerima $4,000 yang diterima oleh Haji Abdul Alim bin Haji Othman.

Acara itu menjanjikan persembahan dan permainan yang menarik untuk disertai oleh pengunjung. Di samping itu juga, peraduan mewarna serta acara telematch juga diadakan.

ARTIKEL YANG SAMA