KFC perkenal hidangan baru

KFC perkenal hidangan baru

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – KFC Brunei buat pertama kalinya, hari ini telah memperkenalkan cita rasa tradisional keenakan masak merah dalam produk terbarunya iaitu hidangan KFC Masak Merah Rice Wrap.

Produk terbaru ini adalah sajian seimbang, ringkas dan menyelerakan, dengan olahan cita rasa tempatan kegemaran ramai di negara ini, iaitu masak merah.

Menurut KFC Brunei cawangan Gadong Central, menu baru itu adalah gabungan kepingan Zinger rangup, dibalut dengan tortilla bakar, berintikan Nasi Colonel, sayuran segar dan disempurnakan dengan sos masak merah yang lazat.

Buat pertama kalinya, KFC Brunei juga menawarkan hidangan Rice Wrap ini dalam saiz jumbo menggunakan tortilla 10.5 inci dengan harga yang berpatutan bagi hidangan ala carte.

Untuk hidangan yang lebih besar, pelanggan boleh memilih KFC Masak Merah Rice Wrap saiz jumbo dalam kombo yang mengandungi kentang goreng (saiz biasa) dan minuman.

Produk terbaru KFC Masak Merah Rice Wrap, hidangan ringkas dan mudah dinikmati.
Produk terbaru KFC Masak Merah Rice Wrap, hidangan ringkas dan mudah dinikmati.

ARTIKEL YANG SAMA