KFC perkenal hidangan baru

KFC perkenal hidangan baru

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 April – Rangup di luar, empuk di dalam, itulah yang dapat digambarkan mengenai Crispy Tenders tanpa tulang KFC yang diperkenalkan di cawangan KFC Gadong Central, hari ini.

Hidangan ayam tanpa tulang ini ditawarkan dengan pelbagai variasi kombo, iaitu KFC Bucket Sensasi yang mengandungi KFC Crispy Tenders bersama sos jalapeno cheese, ayam goreng KFC, Coleslaw, kentang dan minuman ringan Pepsi, atau secara ala carte.

Eksekutif Pemasaran KFC, Jaymee Lau ketika ditemu bual berkata, Crispy Tenders diperbuat daripada 100 peratus isi daging ayam yang disaluti dengan resipi rahsia hebat KFC Hot & Spicy.

Beliau berkata, menu terbaru ini boleh didapati di kesemua cawangan KFC di Negara Brunei Darussalam sementara stok masih ada.

Warga kerja KFC mempamerkan Crispy Tenders.
Warga kerja KFC mempamerkan Crispy Tenders.

ARTIKEL YANG SAMA