KFC perkenal Kari-kari Rangup semasa Ramadan

KFC perkenal Kari-kari Rangup semasa Ramadan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – KFC telah memperkenalkan hidangan terbarunya bagi mereka yang ingin untuk menikmati hidangan ayam goreng rangup khususnya semasa bulan Ramadan yang bakal menjelang, dinamakan Kari-kari Rangup.

Hidangan kombo KFC Kari-kari Rangup kini boleh didapati di semua cawangan KFC di seluruh negara.
Hidangan kombo KFC Kari-kari Rangup kini boleh didapati di semua cawangan KFC di seluruh negara.

Hidangan terbaru itu, memberikan peluang kepada orang ramai menikmati ayam goreng yang disaluti dengan pelbagai rempah istimewa dan kari, untuk menghasilkan hidangan ayam goreng yang rangup.

Hidangan Kari-kari Rangup kini boleh didapati di kesemua cawangan KFC di seluruh negara di mana ia membawa slogan kata ‘Penuh rasa, penuh kesyukuran’ iaitu hidangan yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga semasa bulan Ramadan yang mulia nanti.

Menurut pegawai dari Jabatan Pemasaran KFC Brunei, Jaymee Lau, Ramadan amat dinanti-nantikan oleh para pelanggan mereka dan KFC menyediakan hidangan istimewa untuk dinikmati oleh pelanggan mereka bersama keluarga atau rakan-rakan semasa berbuka puasa nanti.

KFC Kari-kari Rangup, tambahnya lagi, memberikan peluang kepada para penggemar hidangan KFC untuk menikmati ayam goreng yang bukan sahaja rangup tetapi penuh dengan rasa yang datang dari gabungan rempah serta kari yang menjadikan ia hidangan sesuai untuk berbuka puasa.

KFC Kari-kari Rangup boleh didapati dalam set kombo yang bukan sahaja mengandungi dua ketul ayam kari-kari rangup tetapi boleh memilih nasi atau kentang goreng, coleslaw dan hidangan minuman Sjora.

Mereka juga boleh mendapatkan kombo bucket yang menawarkan kombo sembilan atau 15 ketul ayam goreng KFC Kari-kari Rangup, coleslaw, kentang dan minuman Pepsi 1.5 liter

 

ARTIKEL YANG SAMA