KFC perkenal menu baru

KFC perkenal menu baru

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Sept – KFC telah melancarkan inovasi set menu terbarunya iaitu Super Jimat Box dan Zinger Hot Box, dengan menampilkan Burger Zinger yang menjadi pilihan ramai.

Kedua-dua set burger berkenaan kini didatangkan dengan seketul ayam goreng, kentang goreng dan minuman ringan.

Naib Presiden KFC Brunei, Del Goh, dalam kenyataan KFC, di sini, hari ini, dipetik sebagai berkata, “Kami ingin pelanggan kami mendapat yang terbaik daripada KFC dalam satu kotak. Dengan ayam goreng, pilihan burger terkenal kami dan kentang goreng rangup, kami pasti Super Jimat Box dan Zinger Hot Box pasti akan memuaskan cita rasa anda.”

Produk terbaru ini menyasarkan kepada belia dan remaja Brunei yang sentiasa menginginkan yang lebih dan mudah untuk dibawa tanpa menjejaskan kualiti.

Super Jimat Box dan Zinger Hot Box kini dijual di mana jua cawangan KFC Brunei.
Super Jimat Box dan Zinger Hot Box kini dijual di mana jua cawangan KFC Brunei.

Kedua-dua produk baru tersebut akan menjadi set kekal dan boleh didapati di mana jua cawangan KFC di negara ini.

Super Jimat Box mengandungi Lil’ Zinger Burger, seketul ayam pilihan original atau pedas, kentang goreng berukuran kecil dan satu minuman ringan.

Sementara itu, Zinger Hot Box mengandungi satu Zinger Burger, seketul ayam goreng pilihan original atau pedas, kentang goreng berukuran kecil dan minuman ringan.