KFC perkenal Potato Wrapped Prawns

KFC perkenal Potato Wrapped Prawns

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – KFC Brunei, hari ini, telah melancarkan hidangan terbaru iaitu ‘Potato Wrapped Prawns’ yang boleh didapati dalam tempoh terhad.

Hidangan yang dihasilkan daripada udang segar dibalut dengan lilitan potongan ubi kentang rangup ini boleh didapati secara ala carte (5 ekor bagi satu set) atau kombo tiga ekor udang bersama dua ketul ayam goreng (pilihan original atau pedas) dan minuman berkarbonat ukuran sederhana.

“Kami gembira dapat memberi pelanggan kami yang terbaik dengan menghidangkan menu terbaru setentunya yang boleh dinikmati semua lapisan umur di mana jua mereka berada,” kata Naib Presiden KFC Brunei, Del Goh.

‘Potato Wrapped Prawns’ KFC boleh didapati di kesemua cawangan KFC di Brunei termasuk cawangan yang baru dibuka di Daerah Tutong.

KFC Brunei melancarkan hidangan terbaru iaitu ‘Potato Wrapped Prawns’ yang boleh didapati dalam masa yang terhad.
KFC Brunei melancarkan hidangan terbaru iaitu ‘Potato Wrapped Prawns’ yang boleh didapati dalam masa yang terhad.

ARTIKEL YANG SAMA