KFC perkenal sos unik Chezzy Onion Crunch

KFC perkenal sos unik Chezzy Onion Crunch

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept. – KFC Brunei kini menawarkan sos unik Cheezy Onion Crunch khas buat penggemar keju yang dihidangkan bersama ayam KFC.

Gabungan sos keju dan bawang bersama ayam KFC Hot & Spicy itu mula diperkenalkan hari ini dalam menu terbaru mereka bagi tawaran promosi yang terhad.

“Produk terbaru ini menggabungkan sos keju dan bawang berkrim untuk menghasilkan kelazatan berganda, dan lebih kelazatan apabila disatukan dengan ayam rangup KFC Hot & Spicy. Berbaloi dengan harganya,” ujar Pegawai Pemasaran KFC, Jaymee.

Pilihan ayam KFC Hot & Spicy atau ayam KFC Resipi Asli dengan sos unik berkirim keju dan bawang.
Pilihan ayam KFC Hot & Spicy atau ayam KFC Resipi Asli dengan sos unik berkirim keju dan bawang.

KFC Cheezy Onion Crunch kini boleh diperolehi dalam dua hidangan kombo, iaitu kombo kecil yang terdiri dari dua ketul ayam Hot & Spicy, sos berkirim keju dan bawang dengan coleslaw dan kentang putar berserta minuman ringan.

Untuk kombo besar pula terdapat lima ketul ayam bersama sos, kentang putar dan coleslaw. Pelanggan juga boleh memilih antara ayam KFC Resipi Asli atau ayam KFC rangup Hot & Spicy. KFC Cheezy Onion Crunch kini boleh didapati di kesemua cawangan KFC selagi stok masih ada.

ARTIKEL YANG SAMA