KFC perkenal Wasabi Rice Wrap

KFC perkenal Wasabi Rice Wrap

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jan – KFC Brunei Darussalam hari ini memperkenalkan hidangan terbaru, KFC Wasabi Rice Wrap yang sudah pun boleh didapati di semua cawangan KFC di negara ini.

Hidangan bersalut dua ketul filet Zinger dengan perapan wasabi mayonis, nasi rumpai laut, potongan timun dan tomato kemudiannya digabungkan dalam balutan roti tortila bakar.

Selain ditawarkan secara ala carte, ia juga dijual dalam hidangan kombo bersama kentang goreng dan minuman ringan.

Menurut Pegawai Pemasaran KFC Brunei, Jaymee, hidangan ini sesuai bagi para pelanggan yang kesuntukan masa untuk makan kerana ia boleh dinikmati bila-bila masa di mana-mana sahaja.

‘KFC Wasabi Rice Wrap’ yang boleh didapati di pasaran.
‘KFC Wasabi Rice Wrap’ yang boleh didapati di pasaran.

ARTIKEL YANG SAMA