KFC perkenalkan 3 lagi hidangan pencuci mulut

KFC perkenalkan 3 lagi hidangan pencuci mulut

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Okt – Kentucky Fried Chicken (KFC) memperkenalkan tiga lagi hidangan pencuci mulut lazat didatangkan terus dari Itali dan boleh didapati di kesemua cawangannya di negara ini bermula hari ini.

“Hidangan pencuci mulut itu ialah Tartufo, Profiteroles dan Tiramisu yang boleh dinikmati terus semasa menjamu selera di restoran KFC atau membawa pulang untuk dinikmati bila-bila masa,” kata Naib Presiden KFC Brunei, Del Goh.

“KFC bukan sahaja popular dengan hidangan ayam goreng, malah kami berhasrat untuk menghidangkan makanan lain yang lebih berkualiti, berpatutan dan memuaskan hati pelanggan kami,” tambahnya.

Hidangan pencuci mulut ini boleh didapati bersama hidangan ala carte atau sebagai menu tambahan dalam set makanan KFC dan akan dikekalkan dalam barisan menu restoran itu.

Seorang kakitangan KFC bersama tiga makanan pencuci mulut yang baru diperkenalkan kelmarin.
Seorang kakitangan KFC bersama tiga makanan pencuci mulut yang baru diperkenalkan kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA