KFC perkenalkan hidangan baru

KFC perkenalkan hidangan baru

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt – KFC Brunei telah memperkenalkan menu sarapan terbaru dinamakan ‘KFC Sambal Twister Lite’ yang mengetengahkan gabungan unik cita rasa tempatan.

Hidangan ini menampilkan filet Zinger tanpa tulang yang diperap dengan perencah KFC terkenal, dibalut bersama telur, nasi pedas, timun dan sambal untuk memberi rasa yang menyelerakan.

Ia boleh didapati secara ala carte atau kombo yang termasuk hashbrown bersama minuman panas sama ada kopi atau teh dan hanya boleh didapati pada masa terhad.

Kakitangan KFC menunjukkan menu baru Sambal Twister Lite.
Kakitangan KFC menunjukkan menu baru Sambal Twister Lite.

“Twister Lite merupakan produk istimewa KFC dan kami merancang untuk memperkenalkan lagi pelbagai hidangan popular bersama menu terbaru ini. Kami akan memperkenalkan lebih banyak kombo dan promosi supaya kesemua pelanggan boleh menikmati sarapan pagi di mana sahaja,” kata Naib Presiden KFC (B) Sdn Bhd, Del Goh.

Selain KFC Sambal Twister Lite Kombo, pelanggan juga boleh mencuba Zinger Riser dan Classic Rice Combo yang diminati ramai, di samping Mr. Brown Coffee dan Mr. Brown Milk Tea yang boleh didapati di kesemua KFC Brunei.

Hidangan sarapan pagi boleh didapati dari pukul 8 hingga 11 pagi sahaja di cawangan Tutong, Mentiri, Berakas, Airport Mall, Yayasan, Kiulap, Gadong Central, Pandu lalu Sengkurong, Universiti Brunei Darussalam, Seria dan Kuala Belait.

ARTIKEL YANG SAMA