KFC perkenalkan hidangan baru

KFC perkenalkan hidangan baru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Sempena kedatangan musim perayaan ini, KFC Brunei telah memperkenalkan hidangan terbaru dinamakan ‘Ayam Kicap Meletup’ yang menampilkan rasa unik sesuai dengan selera tempatan.

Hidangan ini, yang akan boleh didapati bermula esok, menyajikan ayam KFC yang digoreng dengan gabungan rempah ‘meletup’ dan kicap soya yang unik, dan boleh didapati dalam pelbagai pilihan kombo pada harga yang berpatutan.

Dengan kombo dua ketul ayam, pelanggan boleh memilih sama ada hidangan ‘Oriental Combo’ terdiri daripada nasi dengan kuah resipi asli atau ‘Western Combo’ bersama dengan ubi kentang.

Jika ingin menikmati bersama keluarga, KFC juga menyediakan hidangan Family Feast yang terdiri daripada sembilan ketul ayam, ketang putar bersama minuman ringan Pepsi 1.5 Liter dan ubi kentang bersaiz besar.

KFC memperkenalkan hidangan ‘Ayam Kicap Meletup’ yang menggabungkan rempah ‘meletup’ dan kicap soya yang unik.
KFC memperkenalkan hidangan ‘Ayam Kicap Meletup’ yang menggabungkan rempah ‘meletup’ dan kicap soya yang unik.

Tambahan lagi, jika membeli set Ayam Kicap Meletup Bucket, pelanggan akan menerima set kutleri KFC Candy Crush edisi terhad.

Set sudu dan garpu berkualiti ini datang dengan pemegang porselin dalam empat reka bentuk dan yang berbeza. Set tersebut juga boleh dibeli secara berasingan.