KFC perkenalkan hidangan berkeju

KFC perkenalkan hidangan berkeju

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jan – KFC Brunei kini memperkenalkan KFC Cheezy Mushroom Crunch yang merupakan hidangan berkeju terbaru yang pasti menjanjikan rasa yang enak dan memenuhi selera para penggemar setia keju dan KFC di negara ini.

Promosi ini boleh didapati di semua Restoran KFC seluruh negara bermula hari ini sehingga 20 Februari nanti sementara stok masih ada.

Hidangan tawaran terhad ini merupakan gabungan sempurna tekstur dan rasa kombinasi enak keju pekat dan berkrim bersama cendawan yang dihiris dan dicurahkan pada ayam KFC Hot & Spicy kegemaran ramai.

Sepanjang tempoh promosi ini, hidangan berkeju ini juga boleh didapati dalam pilihan burger iaitu Cheezy Mushroom Burger.

KFC Cheezy Mushroom Crunch terdapat dalam hidangan kombo dua ketul ayam.
KFC Cheezy Mushroom Crunch terdapat dalam hidangan kombo dua ketul ayam.
Cheezy Mushroom Burger yang kini boleh didapati di cawangan-cawangan KFC sekarang.
Cheezy Mushroom Burger yang kini boleh didapati di cawangan-cawangan KFC sekarang.

Bahagian Pemasaran KFC, Jaymee Lau berkata, “Kami bekerja keras untuk menghasilkan hidangan-hidangan baru yang akan memuaskan hati para penggemar KFC dan rangkaian hidangan KFC Cheezy Mushroom ini tidak terkecuali.

“Ia dicipta khas untuk para penggemar KFC dan keju di luar sana. Gabungan rasa yang unik ini pasti memenuhi selera anda yang mendambakan hidangan berkeju,” tambahnya.

KFC Cheezy Mushroom Crunch ini boleh didapati dalam hidangan kombo dua ketul ayam dan lima ketul ayam yang didatangkan bersama hidangan KFC iaitu coleslaw, kentang goreng serta minuman ringan.

Manakala itu, Cheezy Mushroom Burger boleh didapati secara ala carte dan juga boleh dibeli menerusi hidangan kombo yang didatangkan bersama kentang goreng dan minuman ringan.

ARTIKEL YANG SAMA