KFC pertama Tibet operasi

KFC pertama Tibet operasi

BEIJING, 9 Mac (AFP) – Syarikat makanan segera AS KFC telah membuka restoran pertamanya di Tibet, kata pengurus hari ini, lebih satu dekad selepas percubaan pertama rangkaian untuk bertapak di negara itu berakhir dalam kontroversi.

Gambar yang disiarkan dalam Internet menunjukkan barisan panjang di kaunter, dan berpuluh gubahan bunga dan hamparan merah di luar premis, dalam sebuah gedung membeli-belah di ibu negeri serantau Lhasa.

“Sebagai peminat KFC, saya menunggu dalam barisan untuk masa yang lama, dan rasa seperti mahu menangis apabila saya menjilat ais krim kon saya untuk pertama kalinya,” kata seorang pengguna media sosial.

Pembukaan restoran diadakan meskipun kumpulan kempen menyatakan kebimbangan mengenai kehadiran restoran apabila ia diumumkan pada Disember, dan Dalai Lama, pemimpin agama Tibet dalam buangan dan pemenang hadiah Nobel, sebelumnya mengisytiharkan bahawa layanan kejam yang dialami oleh ayam yang diternak dan dibunuh untuk KFC mencabul undang-undang Tibet.

China telah memerintah Tibet sejak 1950, di mana kumpulan hak menuduhnya melakukan penindasan politik dan agama.

Gambar yang diambil pada 8 Mac 2015 menunjukkan orang ramai melintasi restoran makanan segera KFC di Lhasa, rantau Tibet China. KFC telah membuka restoran pertamanya di Tibet pada 9 Mac, kata pengurus hartanah tempat itu. – AFP
Gambar yang diambil pada 8 Mac 2015 menunjukkan orang ramai melintasi restoran makanan segera KFC di Lhasa, rantau Tibet China. KFC telah membuka restoran pertamanya di Tibet pada 9 Mac, kata pengurus hartanah tempat itu. – AFP

Beijing menegaskan penduduk Tibet menikmati kebebasan meluas dan ia telah membawa pertumbuhan ekonomi kepada rantau, dan menuduh Dalai Lama mengamalkan fahaman pemisah.

Agensi berita Xinhua berkata semakin banyak jenama asing “berharap dapat menjalankan perniagaan di rantau itu” tatkala infrastruktur meningkat.

KFC memasuki China pada 1987, dan kini mempunyai lebih 5,000 restoran di lebih 1,100 lokasi di seluruh negara, kebanyakan mereka dimiliki syarikat, kata syarikat induknya Yum Brands di laman webnya.

Ia berkata ia berhasrat memindah operasinya di China kepada sebuah syarikat berasingan.

KFC Lhasa dibuka semalam, seorang wanita daripada jabatan penyewaan harta pusat membeli-belah Shenli Shidai mengesahkan kepada AFP.

ARTIKEL YANG SAMA