KFC sokong industri filem tempatan

KFC sokong industri filem tempatan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – KFC Brunei bekerjasama dengan OAM Origin Management dalam mempromosikan DVD filem Yasmine dengan menjual DVD berkenaan di kesemua cawangannya di negara ini.

Eksekutif Pemasaran KFC Brunei, Jaymee Lau telah melahirkan perasaan berbesar hatinya mewakili KFC Brunei untuk sama-sama menjayakan dan menyokong industri perfileman tempatan.

“Setiap pembelian yang dibuat, $4 akan disalurkan kepada tabung bagi Dana Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajah Maryam,” ujar Jayme Lau ketika ditemui Media Permata, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan sokongan orang ramai kepada industri perfileman dan hasil seni anak-anak tempatan.

Warga KFC bersama poster jualan DVD Yasmine.
Warga KFC bersama poster jualan DVD Yasmine.

ARTIKEL YANG SAMA