KFC tambah pilihan Super Jimat Box

KFC tambah pilihan Super Jimat Box

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Bagi menawarkan penjimatan kepada pelanggan setianya, KFC Brunei baru-baru ini memperluaskan lagi set Super Jimat Box KFC yang popular kepada empat pilihan baru dengan harga rendah.

Empat pilihan baru itu menyatukan kesemua makanan kegemaran KFC untuk memberikan penjimatan kepada pelanggan setianya tanpa menjejaskan rasanya, sama ada bagi penggemar Wrap atau Zinger, ia memuaskan cita rasa semua.

Ia terdiri daripada Lil’ Zinger Box, Wrap Box, Colonel Box dan Signature Box yang setiap kotak mengandungi ayam goreng kegemaran ramai sama ada Original atau Hot and Spicy, kentang goreng dan minuman.

“Kotak serba lengkap ini membolehkan penjimatan dan mendapatkan lebih lagi dalam pelbagai pilihan lazat yang bernilai hebat dari KFC,” kata Pengurus KFC Brunei, Jaymee Lau.

KFC menawarkan empat pilihan baru dengan harga lebih jimat.
KFC menawarkan empat pilihan baru dengan harga lebih jimat.

ARTIKEL YANG SAMA