KFC tampil gabungan keju & pedas

KFC tampil gabungan keju & pedas

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – KFC Brunei telah memperkenalkan inovasi hidangan terbaru dinamakan KFC Hot & Cheezy, yang menampilkan gabungan dua perisa iaitu ayam goreng Hot & Spicy dengan sos keju Romano premium untuk mencetuskan cita rasa yang benar-benar menggamit selera pelanggan.

Dengan slogan ‘Apabila dua rasa idaman keju dan pedas, bersatu!’, KFC Hot & Cheezy menampilkan ayam goreng Hot & Spicy yang rangup disajikan dengan sos keju Romano premium.

Pekat dan berkrim, sos keju ini membangkitkan lagi keenakan ayam goreng pedas kegemaran ramai.

Kelazatan gabungan dua rasa ini juga boleh didapati dalam bentuk burger, dengan sos keju Romano premium di atas kepingan ayam Zinger pedas, bersama mayonis, salad segar serta nachos rangup yang diapit di antara ban bijan.

Burger unik yang diperkaya dengan limpahan sos keju Romano premium berkrim di atas kepingan Zinger pedas, dilapisi dengan mayones, salad segar serta nachos rangup, diapit di antara ban bijan.
Burger unik yang diperkaya dengan limpahan sos keju Romano premium berkrim di atas kepingan Zinger pedas, dilapisi dengan mayones, salad segar serta nachos rangup, diapit di antara ban bijan.
KFC Hot & Cheezy menampilkan ayam goreng Hot & Spicy yang rangup dilimpahi dengan sos keju lazat daripada keju Romano premium.
KFC Hot & Cheezy menampilkan ayam goreng Hot & Spicy yang rangup dilimpahi dengan sos keju lazat daripada keju Romano premium.

Eksekutif Pemasaran KFC Brunei, Jaymee Lau berkata, peningkatan jumlah pelanggan global yang inginkan hidangan jenis gourmet tetapi mudah dihidangkan serta dimakan telah menjadi inspirasi kepada KFC Brunei untuk mencipta produk ini.

“Selain daripada rasa pedas, tambahan sos keju pada hidangan telah menjadi satu trend yang semakin menular dalam kalangan rakyat Brunei dan saya yakin produk baru ini akan digemari ramai,” ujarnya.

Ayam goreng dan burger KFC Hot & Cheezy ini boleh didapati secara kombo di kesemua cawangan KFC selagi stok masih ada.

ARTIKEL YANG SAMA