‘KFR’ disyaki terlibat dalam penculikan

‘KFR’ disyaki terlibat dalam penculikan

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Penculikan tiga kru kapal nelayan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah malam tadi dipercayai didalangi kumpulan ‘kidnap for ransom’ (KFR) atau ‘penculikan untuk tebusan’, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Timbalan perdana menteri berkata kumpulan itu dipercayai bergerak di kawasan Filipina khususnya di kepulauan berhampiran dengan Malaysia.

“Walaupun kita melakukan pemantauan sebagai kaedah ‘surveillance’, tetapi mereka telah bergerak di bawah radar.

“Dalam perkara ini saya telah hubungi pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) supaya lebih meliputi seluruh kawasan 1,700km panjang di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) untuk dipantau sepenuhnya,” katanya.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti Ke-8, kelmarin. – Bernama
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti Ke-8, kelmarin. – Bernama

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kes penculikan itu pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Kelapan Parti Makkal Sakti Malaysia, di sini hari ini. Esscom sahkan penculikan di Pom Pom Sementara itu di Tawau, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan berlaku satu kes culik di perairan Pom Pom, Semporna malam tadi.

Komander Esscom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada pukul 1.59 pagi tadi. “Saya hanya boleh mengesahkan telah berlaku satu kes culik di mana sebuah bot telah ditahan dan tiga orang telah diculik. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA