Kg Lupak Luas, Tarap Bau turunkan bendera

Kg Lupak Luas, Tarap Bau turunkan bendera

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Sept – Setelah upacara penurunan bendera besar pada 31 Ogos lalu, orang ramai di negara ini mula menurunkan bendera negara bagi menandakan berakhirnya Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan ke-69 tahun, dan hari ini Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lupak Luas dan Tarap Bau mengadakan upacara seumpamanya.

Hadir selaku tetamu kehormat pada upacara yang berlangsung di hadapan rumah ketua Kampung Lupak Luas dan Tarap Bau ialah Penghulu Mukim Lumapas, Haji Bakar bin Mansor dan turut dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa MPK dan Biro Wanita Kampung Lupak Luas dan Tarap Bau.

Haji Bakar semasa menyampaikan ucapannya menyeru supaya amalan menghormati bendera diteruskan meskipun bukan dalam musim perayaan dan kebangsaan dan menekankan supaya penduduk akan menyahut baik dan menyokong usaha kebangsaan ini.

Laungan lagu kebangsaan meneruskan agenda majlis sambil ketua-ketua Kampung Kasat dan Kampung Lumapas ‘B’ menurunkan bendera, kemudian ketua Kampung Lupak Luas dan Tarap Bau menyerahkan bendera berkenaan kepada tetamu kehormat majlis.

Ketua-ketua Kampung Kasat dan Kampung Lumapas ‘B’ menurunkan bendera negara di hadapan rumah ketua Kampung Lupak Luas dan Tarap Bau.
Ketua-ketua Kampung Kasat dan Kampung Lumapas ‘B’ menurunkan bendera negara di hadapan rumah ketua Kampung Lupak Luas dan Tarap Bau.

ARTIKEL YANG SAMA