Kg. Menengah adakan korban

Kg. Menengah adakan korban

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 12 Sept – Sebanyak empat ekor kerbau telah dikorbankan pada Majlis Ibadah Korban anjuran Ahli Takmir Masjid Kampung Menengah dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung Menengah dan Bukit Sulang Mukim Lamunin bertempat di Masjid Kampung Menengah, Daerah Tutong, pagi tadi.

Majlis ibadah korban tersebut disertai seramai 28 orang yang juga terlibat dalam kerja memuncang-muncang dalam penyembelihan, melapah, memotong dan mengagihkan bahagian daging korban.

Daging korban pula diagihkan kepada lima orang fakir miskin dan penduduk Kampung Menengah dan Bukit Sulang termasuk ahli-ahli Takmir Masjid Kampung Menengah dan Kampung Bukit Sulang yang turut serta dalam majlis tersebut.

Penduduk Kampung Menengah dan Bukit Sulang sibuk dengan kerja memuncang-muncang dalam penyembelihan, melapah, memotong dan mengagihkan bahagian daging korban.
Penduduk Kampung Menengah dan Bukit Sulang sibuk dengan kerja memuncang-muncang dalam penyembelihan, melapah, memotong dan mengagihkan bahagian daging korban.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan daging korban kepada penerima ialah Pegawai Tugas-tugas Khas Jabatan Daerah Tutong, Dayang Siti Joriahti binti Haji Johari.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Lamunin, Haji Tujoh bin Talip; Ketua Kampung Menengah dan Bukit Sulang, Haji Roslee bin Haji Ahad dan Ketua Imam Masjid Kampung Menengah, Awang Samsul bin Haji Yakub.

ARTIKEL YANG SAMA