Kg Pelambayan anjur majlis korban

Kg Pelambayan anjur majlis korban

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Sept – Bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, pelbagai pihak kerajaan, swasta, persatuan dan orang persendirian telah mengadakan majlis ibadah korban serta pengagihan daging korban kepada mereka yang berhak menerimanya.

Antara yang menyempurnakan ibadah korban ialah penduduk Kampung Pelambayan dengan mengorbankan dua ekor kerbau, berlangsung di kediaman Ketua Kampung Pelambayan, Kota Batu, Haji Hanipah bin Begawan Pehin Udana Khatib Haji Junit.

Pengagihan daging-daging korban berkenaan dibuat oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar.

Gerai-gerai makanan turut memeriahkan majlis penyampaian daging korban.
Gerai-gerai makanan turut memeriahkan majlis penyampaian daging korban.
Tetamu kehormat menyampaikan daging korban kepada yang ikut serta dalam majlis berkenaan.
Tetamu kehormat menyampaikan daging korban kepada yang ikut serta dalam majlis berkenaan.

Haji Hanipah ketika ditemui, berkata, sebanyak dua ekor kerbau telah dikorbankan tahun ini, dengan daging-dagingnya telah diagih-agihkan kepada tujuh orang fakir miskin, 12 orang anak-anak yatim dan penduduk kampung di sekitar kampung berkenaan.

Ibadah korban merupakan sunat ‘muakkad’ (sunat yang dituntut) yang antara lain bertujuan untuk mendekatkan diri kepada AllahS.W.T, selain mereka yang melaksanakannya akan memperoleh banyak fadilat.

Antara fadilat melakukan ibadah korban ialah menambah amal kebajikan, di samping untuk membersihkan diri daripada dosa-dosa lalu dan setentunya mendapat tempat yang mulia di sisi Allah S.W.T

ARTIKEL YANG SAMA