Kg. Putat adakan Perarakan dan perhimpunan sempena Maulud Nabi

Kg. Putat adakan Perarakan dan perhimpunan sempena Maulud Nabi

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Dis – Takmir Masjid Kampung Putat dan Majlis Perundingan Kampung Putat serta Pengawasan Kejiranan dan penduduk Kampung Putat, hari ini, telah mengadakan Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul S.A.W ke-4 Tahun 1437H/2015M.

Hadir ke majlis yang berlangsung di Taman Rekreasi Herba Kampung Putat itu ialah ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Jumat bin Akim selaku Ketua Kampung Putat, Penghulu Mukim Lumapas, Haji Bakar bin Mansor, pengerusi bersama majlis, Haji Rungging bin Haji malik serta penduduk kampung di Mukim Lumapas.

Majlis dibuka dengan ucapan pengerusi majlis, Yang Berhormat Haji Jumat sebelum diteruskan dengan laungan Dikir Marhaban oleh Kumpulan Dikir Belia-belia Masjid Kampung Putat.

Perarakan bermula di taman rekreasi berkenaan menuju ke Bukit Belait sebelum berpatah balik menuju ke Masjid Kampung Putat bagi mendengarkan ceramah yang disampaikan oleh Awang Isham bin Ismail dari Pusat Dakwah Islamiah.

Yang Berhormat Haji Jumat pada majlis Maulud Nabi tersebut.
Yang Berhormat Haji Jumat pada majlis Maulud Nabi tersebut.
Antara jemaah wanita yang hadir semasa majlis perhimpunan berkenaan.
Antara jemaah wanita yang hadir semasa majlis perhimpunan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA