KHA kunjungi Rumah Orang-orang Tua

KHA kunjungi Rumah Orang-orang Tua

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 4 Sept – Persatuan Kuang Hui (KHA) telah meneruskan aktiviti kemasyarakatannya dengan mengadakan lawatan ke Rumah Orang-orang Tua, di sini, hari ini.

Rombongan tersebut disertai oleh lebih 30 orang dalam kalangan ahlinya dengan diketuai oleh Pengerusinya, Yapp Boon Sing.

Melalui lawatan itu, rombongan turut menghulurkan sumbangan berbentuk makanan, minuman dan keperluan harian penghuni rumah warga emas tersebut.

Turut dihulurkan sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang kepada kalangan warga emas ialah sumbangan kewangan yang dimasukkan ke dalam sampul merah.

Persatuan Kuang Hui (KHA) semasa berkunjung ke Rumah Orang-Orang Tua di Pekan Seria semalam.
Persatuan Kuang Hui (KHA) semasa berkunjung ke Rumah Orang-Orang Tua di Pekan Seria semalam.

Awang Yapp memberitahu, lawatan itu merupakan aktiviti tahunan persatuan mereka, untuk membantu masyarakat yang memerlukan termasuk dalam kalangan warga emas di rumah berkenaan yang dikenal pasti tidak mempunyai keluarga terdekat.

Menurutnya lagi, di samping mengadakan lawatan, persatuan mereka yang sudah ditubuhkan sejak lebih 40 tahun lalu, itu turut melakukan beberapa aktiviti lainnya termasuk kempen kebersihan, sumbangan bantuan kepada mangsa banjir, menyertai aktiviti berjalan amal dan sebagainya.

ARTIKEL YANG SAMA