Khatam 24 pelajar Sekolah Sukan

Khatam 24 pelajar Sekolah Sukan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Seramai 24 orang pelajar Sekolah Sukan, hari ini, diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran yang julung kalinya dianjurkan oleh sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di bilik kuliah sekolah berkenaan ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum di Kementerian Pendidikan, Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar yang turut menyampaikan sijil menabur bunga rampai kepada pelajar yang diraikan sambil diiringi persembahan Dikir Marhaban.

Majlis juga diserikan dengan bacaan Takhtim oleh pelajar Tahun 10 manakala doa khatam dibacakan oleh Awang Mohd Rabiahtul Shahmahidzad bin Mohammad Shahrenidzam dan doa selamat dibacakan oleh Haji Mohd Irawan bin Haji Mohd Said.

Majlis berkenaan antara lain bertujuan untuk meningkatkan mutu bacaan Al-Quran dalam kalangan pelajar seterusnya memberi galakan kepada pelajar untuk terus mengamalkan pembacaan Al-Quran.

Pengiran Suhaimi ketika menyampaikan sijil kepada peserta khatam.
Pengiran Suhaimi ketika menyampaikan sijil kepada peserta khatam.

ARTIKEL YANG SAMA