Khatam 69 kali sempurna

Khatam 69 kali sempurna

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 69 kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung seluruh negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-69 tahun, yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja isteri dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 Tahun 2015 dan ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi serta isteri masing-masing.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.

Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain ke Majlis Khatam Al-Quran 69 kali.
Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain ke Majlis Khatam Al-Quran 69 kali.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 69 kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung seluruh negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-69, di Istana Nurul Iman, kelmarin. – Gambar Infofoto
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 69 kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung seluruh negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-69, di Istana Nurul Iman, kelmarin. – Gambar Infofoto
Baginda Sultan dan DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima junjung ziarah para peserta lelaki yang mengambil bahagian.
Baginda Sultan dan DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima junjung ziarah para peserta lelaki yang mengambil bahagian.
Baginda Raja Isteri dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menerima junjung ziarah para peserta perempuan.
Baginda Raja Isteri dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menerima junjung ziarah para peserta perempuan.
Antara kerabat diraja yang berangkat hadir di majlis berkenaan.
Antara kerabat diraja yang berangkat hadir di majlis berkenaan.

pg03_150828_c

Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai sebagai menandakan bermulanya Majlis Khatam Al-Quran dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Majlis disusuli dengan bacaan Khatam Al-Quran beramai-ramai diketuai pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja, Jabatan Pengajian Islam, Awang Muhammad Yusran bin Haji Jahari.

Bacaan khatam disertai oleh 1,669 peserta terdiri daripada ahli-ahli majlis perundingan kampung seluruh negara. Setiap daerah mewakili empat kategori iaitu 69 orang lelaki dewasa, 69 orang wanita dewasa, 69 orang belia dan 69 orang beliawanis.

Seramai 690 peserta kanak-kanak di bawah usia 12 tahun terdiri daripada 69 peserta kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah daripada pelajar-pelajar yang menyertai Skim Tilawah Al-Quran Remaja, Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun, pelajar-pelajar sekolah Arab serta sekolah-sekolah agama, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, juga menyertai majlis.

Ini adalah kali kelima acara seperti ini diadakan sejak diperkenalkan pada 2011.

pg03_150828_h

pg03_150828_g

Antara peserta perempuan yang mengambil bahagian di majlis tersebut.
Antara peserta perempuan yang mengambil bahagian di majlis tersebut.

Sementara itu, takhtim dibacakan oleh para pegawai dan guru agama dari Jabatan Pengajian Islam. Bacaan tahlil oleh para pegawai dan imam dari Jabatan Hal Ehwal Masjid pula dibimbing oleh Haji Mohd Daud bin Haji Abdul Kadir.

Manakala itu, doa khatam dibacakan oleh Awang Muhammad Yusran bin Haji Jahari, selaku pelajar Tahun Pertama Diploma ‘Aliyah Qiraat ITQSHHB.

Majlis diserikan dengan dikir marhaban yang dipersembahkan oleh 69 pegawai masjid dan imam dari Jabatan Hal Ehwal Masjid dan 69 pegawai dan guru-guru agama perempuan dari Jabatan Pengajian Islam serta peserta-peserta khatam. Doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan.

Baginda Sultan dan Baginda Raja isteri serta ahli kerabat diraja yang lain kemudiannya berkenan menerima junjung ziarah daripada peserta-peserta khatam.

Turut berangkat dan hadir di majlis itu ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, para timbalan menteri, pehin manteri, manteri pendalaman, setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap serta para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung.

ARTIKEL YANG SAMA