Khatam 70 kali Muslimah Brunei dan Muara

Khatam 70 kali Muslimah Brunei dan Muara

Oleh Siti NurWasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos – Bagi menyemarakkan lagi sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 Tahun, jemaah Muslimah Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong, hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 70 Kali Khatam yang berlangsung di masjid berkenaan, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah isteri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Zalina binti Haji Omar.

Majlis khatam tahun ini merupakan kali kelima diadakan dan telah disertai oleh 70 orang Muslimah dari 13 buah masjid di Daerah Brunei dan Muara.

Majlis seumpama ini merupakan projek tahunan jemaah Muslimah di negara ini bagi memeriahkan lagi sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada setiap tahun.

Datin Hajah Zalina yang hadir selaku tetamu kehormat majlis.
Datin Hajah Zalina yang hadir selaku tetamu kehormat majlis.

Selain itu juga, majlis khatam ini bertujuan untuk mendekatkan lagi umat Islam di negara ini dengan Al-Quran di samping memupuk rasa cinta kepada Al-Quran dalam mengamalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dalam kehidupan mereka seharian.

Ia juga antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim para Muslimah masjid yang ada di negara ini.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan kemudian diteruskan dengan bacaan khatam Al-Quran beramai-ramai oleh para peserta khatam.

Majlis disusuli dengan bacaan Doa Khatam dan juga laungan Dikir Marhaban.

ARTIKEL YANG SAMA