Khatam Al-Quran Alumni PKBN

Khatam Al-Quran Alumni PKBN

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – Seramai lebih daripada 30 orang ahli Alumni Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) bagi tahun 2016 turut serta dalam majlis penutup Tadarus dan khatam Al-Quran yang diadakan di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Bebatik, Kilanas, hari ini, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof yang kemudian memimpin bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan acara.

Acara tersebut dihasratkan bagi memupuk budaya membaca Al-Quran dalam kalangan ahli persatuan dan mendidik ahli-ahli persatuan daripada aspek kerohanian.

Majlis tersebut juga merupakan salah satu aktiviti tahunan Alumni PKBN yang diadakan sebagai kegiatan mengimarahkan bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

Antara lain ia bertujuan untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup selain mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi (empat kanan) mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah bagi me-nandakan bermulanya majlis tersebut.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi (empat kanan) mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah bagi me-nandakan bermulanya majlis tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA