Khatam Al-Quran Biro Wanita MPK Lumapas

Khatam Al-Quran Biro Wanita MPK Lumapas

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Majlis Perundingan Mukim (MPK) Lumapas juga tidak ketinggalan turut menyemarakkan bulan suci Ramadan dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di kediaman Penghulu Mukim Lumapas, Haji Abu Bakar bin Haji Mangsor, Kampung Kasat itu ialah isteri Timbalan Mufti Kerajaan, Pengiran Hajah Mas Relawati@Khadijah binti Pengiran Mohd Said.

Majlis yang disertai seramai 38 ahli jawatankuasa biro berkenaan telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Ad-Dhuha hingga ke Surah An-Nas beramai-ramai yang kemudian diteruskan dengan bacaan Doa Tahlil.

Majlis yang merupakan acara tahunan biro berkenaan bertujuan bagi mengeratkan tali silaturahim antara ahli-ahlinya, di samping untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dalam mengerjakan amal ibadat terutama dalam bulan penuh keberkatan ini.

Pengiran Hajah Mas Relawati hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran berkenaan.
Pengiran Hajah Mas Relawati hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA