Khatam Al-Quran Cawangan Operasi Balai Bomba Laut

Khatam Al-Quran Cawangan Operasi Balai Bomba Laut

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Kira-kira 60 pegawai dan anggota Bomba cawangan Operasi Balai Bomba Laut, Operasi ‘D’ menyertai Majlis Khatam Al-Quran, yang diselajurkan dengan berbuka puasa, sempena bulan Ramadan yang berlangsung di Balai Ibadat Bomba Laut, Sungai Lampai, Jalan Kota Batu, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penguasa Kanan Bomba, Awang Shahbandi bin Haji Abdul Halim.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penguasa kanan bersara Haji Mohd bin Haji Sulaiman yang merupakan mantan pemerintah Operasi ‘D’ dan ABKS 128 Ramlee bin Hasan.

Acara itu bertujuan untuk menggalakkan pegawai dan anggota bomba membaca Al-Quran dan sebagai aktiviti dalam kehidupan seharian serta membanyakkan amal ibadah dalam bulan Ramadan yang mulia lagi penuh keberkatan ini.

Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Balai Ibadat Bomba Laut, Sungai Lampai, Jalan Kota Batu.
Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Balai Ibadat Bomba Laut, Sungai Lampai, Jalan Kota Batu.

ARTIKEL YANG SAMA