Khatam Al-Quran, derma anak yatim MPK Lubok Pulau

Khatam Al-Quran, derma anak yatim MPK Lubok Pulau

Oleh HAL

 

TUTONG, 3 Julai – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lubok Pulau, Tutong dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Lubok Pulau, baru-baru ini, telah mengadakan majlis khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan Tahun 1437H yang diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma kepada 11 orang anak yatim di kampung berkenaan.

Majlis seumpama ini merupakan acara tahunan yang diselenggarakan oleh MPK Kampung Lubok Pulau bersama dengan Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Lubok Pulau, bagi menandakan tamatnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebanyak 30 juzuk oleh ahli-ahli takmir masjid, belia dan penduduk kampung tersebut.

Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ketua Kampung Lubok Pulau, Haji Abdul Rahman bin Samad dan seterusnya bacaan surah-surah lazim, takhtim dan bacaan tahlil doa arwah sekampung.

Majlis penyampaian derma kepada anak-anak yatim kemudian menyusul yang disempurnakan oleh Haji Abdul Rahman. Sumbangan derma berkenaan adalah daripada Tabung Kewangan MPK Kampung Lubok Pulau, dan orang-orang perseorangan di kampung tersebut.

Haji Abdul Rahman menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim.
Haji Abdul Rahman menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA