Khatam Al-Quran di kediaman Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Khatam Al-Quran di kediaman Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai – Majlis Khatam AI-Quran berlangsung petang semalam di kediaman Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Kampung Sungai Besar.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai bagi memohon keredaan Allah Subhanahu Wa taala dan keberkatan majlis.

Sejurus selepas itu Bacaan Khatam Al-Quran dan bacaan Takhtim serta tahlil disertai oleh semua yang hadir. Majlis diselajurkan dengan berbuka puasa.Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian.

Juga hadir ialah ahli-ahli takmir masjid Kampung Sungai Besar.

ARTIKEL YANG SAMA