Khatam Al-Quran Pusat Pemulihan Psikiatri

Khatam Al-Quran Pusat Pemulihan Psikiatri

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Seramai enam penghuni Rumah Sinar Sejahtera dan Rumah Cahaya Sejahtera di bawah Pusat Pemulihan Psikiatri, Kementerian Kesihatan diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Rumah Cahaya Sejahtera, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.

Selain sijil penyertaan tamat kursus, para peserta turut menerima sumbangan derma dan hadiah hamper.

Majlis turut diselajurkan dengan berbuka puasa bersama dan sembahyang fardu Maghrib berjemaah.

Yang Berhormat Pehin (kiri) Haji Adanan ketika hadir di Majlis Khatam Al-Quran di pusat berkenaan.
Yang Berhormat Pehin (kiri) Haji Adanan ketika hadir di Majlis Khatam Al-Quran di pusat berkenaan.
Majlis khatam Al-Quran bagi enam orang peserta daripada penghuni Rumah Sinar Sejahtera dan Rumah Cahaya Sejahtera menamatkan pembacaan mereka petang kelmarin.
Majlis khatam Al-Quran bagi enam orang peserta daripada penghuni Rumah Sinar Sejahtera dan Rumah Cahaya Sejahtera menamatkan pembacaan mereka petang kelmarin.

Majlis berkenaan merupakan acara tahunan Jabatan Psikiatri untuk para peserta pemulihan psikiatri yang beragama Islam, sebagai usaha menggalakkan mereka mendalami pembacaan Al-Quran secara berterusan bagi memperolehi ketenangan dan keberkatan.

Pusat Rehabilitasi Psikiatri kini mempunyai seorang pegawai pelajaran agama khusus bagi membantu dan membimbing dalam aspek keagamaan dan memastikan klien-klien di pusat berkenaan mendapat bimbingan kerohanian amnya dan pembacaan Iqra dan Al-Quran khasnya.

ARTIKEL YANG SAMA